Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu....

with my MAK...
Zara dlm perut aku time ni...
(sk long miri, srwk 2010)

duhai apakah gerangan budi balasan bagi insan melahirkan membesarkan..bercucuran airmata bila mengenangkan, betapakah besar budi ibunda berikan.siang malam menderita hingga entah bila, sungguh besar pengorbanan ibunda berikan tiada bahagia jika tiada doa puja restu, syurga itu dibawah telapak kaki ibu....


  • Doa seorang ibu lebih makbul drpd lelaki kerana sifat penyayangnya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Seorang ibu lebih penyayang daripada seorang ayah dan doa orang yang penyayang itu tidak sia-sia." Sabda rasulullah lagi : " Wanita yang tinggal dengan anaknya akan tinggal bersama ku di dalam syurga!"....

wahhh besarnya pengorhormatan untuk seorang ibu..
jadi kenapa takut ada anak ???...
Anak anugerah Illahi..
ada org cepat dapat anak..
ada org lambat..semua tu rezeki kan..
sebagai manusia kita berdoa + berusaha..
Allah swt jua yang menentukannya...

  • Apabila seseorang wanita itu hamil, sejak itu setiap hari para malaikat akan beristighfar untuknya dan Allah mencatat baginyasetiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan....
  • Apabila seseorang wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya, maka Allah telah memberinya pahala bagai orang berhijad ke jalan Allah.
  • Setelah wanita itu melahirkan anaknya, maka terhapuslah segala dosa-dosanya ibarat seperti baru dilahirkan semula. Dan setiap urat yang putus semasa melahirkan itu maka Allah beri pahala bagaikan orang yang menunaikan haji.
  • Setelah lahir bayi itu lalu disusui, maka setiap titis air susu itu diberi pahala dan kebaikan oleh Allah. Dan seorang ibu yang menyusui bayinya sehingga tempoh 2 tahun, maka malaikat di langit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untuknya.
  • Apabila seorang ibu memberi susunya kepada bayinya yang sedang kelaparan, maka Allah memberinya bersamaan setahun solat dan berpuasa...

Bertuahnya diberi peluang menjadi ibu...
SELAMAT HARI IBU buat semua ibu2 didunia ini...
Terutamanya buat ibu kutersayang...
PN. AINIAH HJ. ARSHAD...
Semoga mak sentiasa dimurahkan rezeki, panjang usia, sihat walafiat + bahagia selalu...
SAYANG MAK SANGAT....muahhhhhhhhhhhhh

Dan taun ni..pertama kali nya aku bergelar ibu..
love ZARA KHADEEJA so much....



-----------------------------------------------
baru ku tahu..penatnye sejak jd ibu ni...
tp hati puas kan...
=)